Tuesday, 21 April 2015

SEMINAR HOME HELP ZON TIMUR


Pada 18 April sehingga 19 April yang lalu, berlangsungnya Seminar Home Help bagi Zon Timur. Seminar tersebut telah di adakan di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Zulkiply bin Ramli Ketua Pengarah JKM Malaysia yang baru. Seramai hampir 400 sukarelawan dari negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang berhimpun di Hotel Tanjung Vista bagi menghadiri seminar ini. 








Untuk pengetahuan pembaca, program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services) telah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1994 di mana Sukarelawan dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan memberi perkhidmatan kepada warga emas yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan sokongan/bantuan. Pekerja sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga emas untuk membantu menjalankan urusan harian seperti penjagaan diri, kebersihan tempat tinggal, rakan berbual, urusan luar seperti membayar bil dan penjagaan kesihatan. Dengan adanya seminar seumpama ini diadakan,maka sukarelawan-sukarelawan yang sedia ada lebih bersedia dan bersemangat untuk turun padang dalam menjayakan Home Help service ini.

'TRANSFORMASI TERENGGANU BARU"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERKAT BERJASA"



No comments:

Post a Comment