Bertempat di Dewan Penyayang,Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu, telah berlangsungnya Majlis Himpunan Bulanan JKM Terengganu dan Majlis Perjumpaan Mesra bersama Ketua Pengarah JKM Malaysia.Perhimpunan bulanan ini acapkali diadakan dan pada kali ini ianya agak istimewa dengan kehadiran Ketua Pengarah JKM Malaysia yang baru YBhg. Dato' Hj Zulkiply b Ramli. YBhg. Dato' Hj Zulkiply b Ramli menggantikan tempat Datuk Norani bt Mohd Hashim yang telah bersara pada Mac yang lalu. Jadi pada Majlis ini juga bertujuan untuk menghimpunkan staf-staf JKM seluruh Negeri Terengganu untuk beramah mesra sesama dan mengemukakan sebarang permasalahan atau cadangan kepada Ketua Pengarah.
Pada sebelah pagi hari tersebut juga telah diadakan Pemilihan bagi Wakil pekerja Ahli Majlis bersama Jabatan. Dimana hari tersebut juga Ahli Majlis yang baru telah dilantik sebulat suara untuk mengantikan barisan anggota majlis yang lepas.Pada sebelah petangnya pula sesi bemesra bersama Ketua Pengarah dan sesi soal jawab,Penyampaian hadiah untuk pemenang 'Pertandingan mencipta nama buletin',Penyampaian Sijil penghargaan Ahli Majlis,Penyampaian Sijil Prestasi cemerlang 2014, Penyampaian Anugerah sijil Kecemerlangan 2014 KPWKM dan Penyampaian Anugerah Kakitangan Cemerlang Bulanan.
Pemilihan Wakil pekerja Majlis |
Antara staf JKM yang hadir |
Ucapan dari Ketua Pengarah JKM Malaysia yang baru |
Antara Staff JKM yang menerima Anugerah |
Antara Staff JKM yang menerima Anugerah |
Majlis berakhir kira-kira pukul 5.00 petang. Semoga majlis seumpamanya akan kerap diadakan untuk mengeratkan silaturrahim dan staf boleh berkongsi ilmu masing-masing.
"TRANSFORMASI TERENGGANU BARU"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERKAT BERJASA"
No comments:
Post a Comment