Wednesday, 22 April 2015

SEKADAR UNTUK RENUNGAN





Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.
“Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?”
Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.
“Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?”
“Mestilah dari benihnya.”
“Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?”
“Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku.”
“Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?”
“Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?”
‘Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?”
“Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud”.
“Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?”
“Pasti.”
“Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati.”
“Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?”.
“Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? ”
“Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?”
“Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa.”
“Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?”
“Buktinya ialah dirimu.”
“maksudmu?”
“Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?”
“Ia terjadi sendiri”
“Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri”
“Mengapa mustahil?”
“Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku sesukahati . Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?”
“Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini”
“Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?”
Senyap..
“Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?”, ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.
Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, “Tuhan yang tidak mati”
Lalu dia bangkit, “Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah”.



 *copy & paste

Tuesday, 21 April 2015

SEMINAR HOME HELP ZON TIMUR


Pada 18 April sehingga 19 April yang lalu, berlangsungnya Seminar Home Help bagi Zon Timur. Seminar tersebut telah di adakan di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Hj Zulkiply bin Ramli Ketua Pengarah JKM Malaysia yang baru. Seramai hampir 400 sukarelawan dari negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang berhimpun di Hotel Tanjung Vista bagi menghadiri seminar ini. 








Untuk pengetahuan pembaca, program Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services) telah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1994 di mana Sukarelawan dari Pertubuhan Sukarela Kebajikan memberi perkhidmatan kepada warga emas yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan sokongan/bantuan. Pekerja sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga emas untuk membantu menjalankan urusan harian seperti penjagaan diri, kebersihan tempat tinggal, rakan berbual, urusan luar seperti membayar bil dan penjagaan kesihatan. Dengan adanya seminar seumpama ini diadakan,maka sukarelawan-sukarelawan yang sedia ada lebih bersedia dan bersemangat untuk turun padang dalam menjayakan Home Help service ini.

'TRANSFORMASI TERENGGANU BARU"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERKAT BERJASA"



Monday, 20 April 2015

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JKM TERENGGANU






Bertempat di Dewan Penyayang,Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu, telah berlangsungnya Majlis Himpunan Bulanan JKM Terengganu dan Majlis Perjumpaan Mesra bersama Ketua Pengarah JKM Malaysia.Perhimpunan bulanan ini acapkali diadakan dan pada kali ini ianya agak istimewa dengan kehadiran Ketua Pengarah JKM Malaysia yang baru YBhg. Dato' Hj Zulkiply b Ramli. YBhg. Dato' Hj Zulkiply b Ramli menggantikan tempat Datuk Norani bt Mohd Hashim yang telah bersara pada Mac yang lalu. Jadi pada Majlis ini juga bertujuan untuk menghimpunkan staf-staf JKM seluruh Negeri Terengganu  untuk beramah mesra sesama dan mengemukakan sebarang permasalahan atau cadangan kepada Ketua Pengarah.

Pada sebelah pagi hari tersebut juga telah diadakan Pemilihan bagi Wakil pekerja Ahli Majlis bersama Jabatan. Dimana hari tersebut juga Ahli Majlis yang baru telah dilantik sebulat suara untuk mengantikan barisan anggota majlis yang lepas.Pada sebelah petangnya pula sesi bemesra bersama Ketua Pengarah dan sesi soal jawab,Penyampaian hadiah untuk pemenang 'Pertandingan mencipta nama buletin',Penyampaian Sijil penghargaan Ahli Majlis,Penyampaian Sijil Prestasi cemerlang 2014, Penyampaian Anugerah sijil Kecemerlangan 2014 KPWKM dan Penyampaian Anugerah Kakitangan Cemerlang Bulanan.

Pemilihan Wakil pekerja Majlis

Antara staf JKM yang hadir

Ucapan dari Ketua Pengarah JKM Malaysia yang baru

Antara Staff JKM yang menerima Anugerah

Antara Staff JKM yang menerima Anugerah


Majlis berakhir kira-kira pukul 5.00 petang. Semoga majlis seumpamanya akan kerap diadakan untuk mengeratkan silaturrahim dan staf boleh berkongsi ilmu masing-masing.


"TRANSFORMASI TERENGGANU BARU"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERKAT BERJASA"









BENGKEL PENGUJI I-TALENT



Pada 18 April 2015 yang lalu,telah berlangsung nya Bengkel Penguji I-Talent (OKU) Negeri Terengganu anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Bengkel tersebut di adakan di Kompleks Belia dan Sukan Pasir Panjang Kuala Terengganu. Seramai 37 peserta dari pelbagai Jabatan dan Agensi menyertai bengkel sehari ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Terengganu telah menghantar seorang wakil untuk mengikuti bengkel tersebut bagi mendedahkan pegawai tersebut mengenai bagaimana prosedur pemilihan atlet-atlet OKU. Bengkel tersebut diadakan untuk melatih seseorang itu sebagai penguji bagi mencari atlet-atlet OKU untuk diserap ke Institut Sukan Negara(ISN). Peserta bengkel telah dilatih oleh pelatih profesional dari ISN Bukit Jalil.



Kompleks Belia dan Sukan Terengganu


Antara teknik-teknik untuk menguji seseorang OKU tersebut;

mengukur ketinggian peserta

mengukur ketinggian duduk peserta

mengukur depa peserta

menimbang berat peserta

menimbang berat peserta yang cacat anggota bawah

menguji tahap lontaran peserta

menguji tahap lompatan peserta

menguji keseimbangan peserta





Negeri Terengganu antara Negeri yang mempunyai atlit-atlit OKU yang hebat dan berwibawa. Pada tahun 2014,Negeri Terengganu telah memenangi tempat ke 2 dalam Sukan OKU peringkat kebangsaan. Semoga Terengganu terus sukses dalam bidang sukan.


"TRANSFORMASI TERENGGANU BARU"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERKAT BERJASA"

Tuesday, 14 April 2015

Tazkirah Selasa









Assalamualaikum dan salam kebajikan. Alhamdulillah Kuala Terengganu dibasahi hujan hari ini. Kepada semua,hujan bukan alasan untuk bercuti,ambil MC ker atau lain-lain. Apa juga situasi,bekerja lah dengan iklhas dan sepenuh hati. Amalkan kerjasama sesama rakan sekerja tanpa melihat siapa kita dan mereka,InsyaAllah kerja dapat di jalan kan dengan jayanya.





Sekadar renungan untuk hari ini.Semoga Allah permudahkan urusan kita hari ini,esok dan selamanya. Barakallah.




Untuk maklumat lanjut mengenai JKM sila layari www.jkm.gov.my


"TRANSFORMASI TERENGGANU BARU'



Monday, 13 April 2015

Selamat datang ke blog PKMD Kuala Terengganu





 
 


Selamat datang ke blog PKMD Kuala Terengganu. Blog ini bertujuan untuk memaparkan aktiviti-aktiviti kami sepanjang masa untuk tatapan pembaca. Selain itu sebarang informasi terkini boleh juga anda dapati daripada blog kami. Sebarang pertanyaan tinggalkan komen anda di ruang-ruang komen.

DIANTARA PERKHIDMATAN KAMI:

  • BAHAGIAN KANAK-KANAK DAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
  • PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA 
  • KEMASUKAN KE INSTITUSI WARGA EMAS
  • BANTUAN AM DAN PERSEKUTUAN
  • SUKARELAWAN






'TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU'