|
Peserta bersama dengan Penceramah bergambar kenang-kenangan |
Kursus Asas Job Coach telah diadakan di Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi pada 1 Jun hingga 4 Jun 2015. Kursus ini adalah kelolaan Job Coach Network Malaysia (JCNM) yang terdiri daripada pelatih-pelatih yang telah mengikuti latihan di Jepun. Objektif utama Latihan Job Coach ini adalah untuk membantu sektor awam dan sektor swasta membangunkan perkhidmatan "Job Coach" didalam organisasi mereka bagi menyokong pekerja OKU dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pekerjaan kepada OKU. Kursus asas kali ini di hadiri dari pelbagai Agensi kerajaan dan NGO. Kaedah dengar dan praktikal diserapkan dalam kursus ini membolehkan para pelatih lebih memahami dengan mudah bagaimana untuk mempraktikkan ia bersama dengan OKU nanti.
|
Pegawai dari Bengkel Daya memberi ceramah |
|
Perbincangan kumpulan |
|
Antara contoh jig untuk kegunaan OKU bekerja |
|
Kumpulan yang menghasilkan Jig terbaik |
|
Perbentangan dari salah seorang peserta |
Diharapkan kursus yang akan datang pelatih akan dibawa ke tempat-tempat dimana OKU yang telah menjalani Job Coaching agar peserta kursus boleh melihat lebih dekat keadaan sebenar OKU di tempat kerja mereka.
No comments:
Post a Comment