Sunday, 28 June 2015

JOB COACH

Peserta bersama dengan Penceramah bergambar kenang-kenangan


Kursus Asas Job Coach telah diadakan di Institut Sosial Malaysia, Sungai Besi pada 1 Jun hingga 4 Jun 2015. Kursus ini adalah kelolaan Job Coach Network Malaysia (JCNM) yang terdiri daripada pelatih-pelatih yang telah mengikuti latihan di Jepun. Objektif utama Latihan Job Coach ini adalah untuk membantu sektor awam  dan sektor swasta membangunkan perkhidmatan "Job Coach" didalam organisasi mereka bagi menyokong pekerja OKU dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pekerjaan kepada OKU. Kursus asas kali ini di hadiri dari pelbagai Agensi kerajaan dan NGO. Kaedah dengar dan praktikal diserapkan dalam kursus ini membolehkan para pelatih lebih memahami dengan mudah bagaimana untuk mempraktikkan ia bersama dengan OKU nanti. 

Pegawai dari Bengkel Daya memberi ceramah

Perbincangan kumpulan

Antara contoh jig untuk kegunaan OKU bekerja

Kumpulan yang menghasilkan Jig terbaik


Perbentangan dari salah seorang peserta

Diharapkan kursus yang akan datang pelatih akan dibawa ke tempat-tempat dimana OKU yang telah menjalani Job Coaching agar peserta kursus boleh melihat lebih dekat keadaan sebenar OKU di tempat kerja mereka. 

MARHABAN YA RAMADHAN




SALAM RAMADHAN AL MUBARAQ DARI SELURUH WARGA KERJA PEJABAT KEBAJIKAN KUALA TERENGGANU. SEMOGA SEGALA AMALAN KITA SEPANJANG RAMADHAN INI DI TERIMA ALLAH. AMIIN.

Wednesday, 20 May 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AM BULANAN


Pada 19 Mei 2015 bertempat di Dewan Penyayang Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu,telah berlangsunya Majlis Penyampaian Bantuan Am bulanan JKM. Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Haji Mohd Zubir b Embong Yang di Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu. Majlis ringkas ini bermula 2.30 petang dan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang. Hampir semua penerima bantuan Am yang baru telah hadir untuk menerima bantuan masing-masing.

Antara penerima yang hadir 

YB menyampaikan bantuan

Kakitangan JKM bergambar kenang-kenangan bersama YB
Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna dan semua penerima bantuan berpuas hati. Makanan diberikan percuma kepada semua penerima bantuan sejurus selepas selesai nya majlis petang itu. Semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban si penerima.

"TRANSFORMASI TERENGGANU BARU"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
'BERKAT BERJASA"

Sunday, 17 May 2015

KURSUS TOT PEMENTORAN 2015



Bertempat di Tanjung Demang Resort telah berlangsungnya Kursus TOT Pementoran 2015 selama 2 hari 1 malam. Kursus tersebut berlangsung pada 27 April sehinggan 28 April 2015. Seramai 4 orang Staff PKMD Kuala Terengganu telah terpilih sebagai MENTOR dan MENTEE dalam program anjuran Bahagian Kaunseling dan Psikologi JKM Negeri Terengganu tersebut. Peserta keseluruhan berjumlah 44 orang dari seluruh JKM negeri Terengganu dan antara penyertaan teramai setakat ini.
Antara peserta-peserta kursus yang terlibat
Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan staff yang berkualiti dan produktif. Mentor-mentor yang terpilih semuanya yang telah pun berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang tugas masing-masing. Oleh itu sebagai 'Otai' mereka menurunkan ilmu kepada wajah-wajah baru di JKM untuk meneruskan perjuangan dan tugas kebajikan dengan produktif. 


Dalam program tersebut juga peserta didehkan tentang cara-cara berkomunikasi sesama rakan sekerja dan cara untuk menjalankan aktiviti pementoran ini. Sehubungan dengan itu pemilihan 4 orang dari PKMD Kuala Terengganu ini menunjukkan PKMDKT ini juga mempunyai staff yang berkaliber dan berkualiti. 

Semoga kursus seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk melahirkan mentee-mentee yang lebih produktif dan berkualiti di masa hadapan. Terima kasih kepada semua mentor-mentor yang berusaha menjadikan mentee-mentee mereka antara yang terbaik. Semoga Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menjadi antara jabatan yang terbaik di Malaysia. 


"TRANSFORMASI TERENGGANU BARU"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"BERKAT BERKASA"